Form 6????.....
Sebelum masuk U saya merupakan pelajar stpm..sebab saya tidak dapat masuk matrikulasi..so, tinggal form6 yang membuka jalan kepada sya utk continue my studies la. jadi saya terima dengan harapan dapat belajar semula. Ramai orang mengatakan bahawa form6 ni susah. salah satu peperiksaan yang tersusah di Malaysia atau mungkin Asia. Tak de la susah sangat guys, yang penting tu effort kena banyak dan belajar.
So, pendekkan cerita, Saya ambil kos kemanusiaan masa form6 utk subjek Pam, Bm, Sej Dan Geo. Ok, untuk penggal 1, cara belajar saya tidak begitu susah la dia macam relax, sempoy dan bersahaja. Saya agak rajin juga lah buat nota utk kesemua subjek..Nota2 kecil yang senang dibawa dan mudah dirujuk. Selain tu, hargailah orang yang membentang di depan kelas. try utk fokus dengan apa yang mereka bentang dan jika giliran kamu yang membentang try pula utk bagi faham kpd plajar lain.wujudkan suasana pembentangan yg happy dan tidak kasi mengantuk orang. subjek Pam masa penggal satu agak mencabar juga la sebab kena buat 2 karangan dalam masa 1 jam. Jadi kalau kamu balik2 dapat TR(Tidak Relevan) sabar je la..tapi exam nanti jangan risau, TR tu mungkin boleh jadi R(relevan) sudah. Untuk subjek Bm pula, satu subjek yg diminati lah. kena belajar sejarah asal usul BM dan fonologi. so, buat nota juga la utk subjek ni dan jangan hairan masa exam nanti mulut kamu berbunyi sebab soalan objektif tu memang memerlukan kamu utk bersuara utk dapat jawapan. Sejarah pula sya rasa subjek yg mencabar juga la sebab dia lebih kepada menghafal. utk subjek sejarah ni saya agak struggle sikit lah utk menghafal sejarah2 dunia. Dan paling senang masuk di kepala otak utk bab2 menghafal ni waktu subuh..mengikut pengalaman saya la. subjek Geografi pula, antara subjek favourite juga la..sya suka rujuk buku yg ditulis oleh Haji Rusly..pernah masa exam P1,Bulat2 soalan keluar sama dengan soalan dlm buku haji rusly. Rasa macam berterima kasih sangat lah masa tu. so jangan juga lupa utk buat jadual belajar. 4 subjek tu agak senang lah utk dipatuhi jadual belajarnya. Keluar result P1 not bad la. so harap korang semua get ready la dan utk P1 result kamu kasi gempak sedia sebab P2 nanti banyak assignment.
Penggal 2 pula,, salah satu sem pemusnah harapan bilang orang..asignment disana sini. so, korang kasi siapkan asignment awal-awal supaya dapat study. Cara belajar masa ni sama dengan cara belajar time P1 jadi diharap kerja kursus kamu buat sebaik mungkin dan pastikan dapat A Sebab dia sangat membantu utk result keseluruhan nanti.
Penggal 3 pula, paling senang antara penggal lah mengikut pengalaman. subjek time ni paling diminati BM lah then geo, pam and last sejarah. Cara belajar sya tidak berubah dri penggal 1 dan jadual belajar saya pun tidak berubah dari penggal 1 sampai P3. Sejarah agak mencabar la bagi saya utk P3 ni sebab dia menceritakan sejarah Malaysia dan Asia..Saya masa form3 memang lemah dalam bab2 sejarah Malaysia so result sej time ni agak hambar juga la setkat lulus tu adalh. Apa-apa pun Penggal 3 bagi saya adalah antara yang senang utk belajar.
so, pesan terakhir semoga korang yang ambil stpm ni berjaya dan try to get 4flat. Usaha usaha dan usaha.