Salam sejahtera.
Blog ini merupakan blog pertama saya yang akan menceritakan pengalaman dan tips saya ketika menduduki ujian MEDSI dan interview Pendidikan pada tahun 2017. Sebelum itu saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu iaitu nama saya Leezio merupakan pelajar SMK Penangah Tongod, Telupid, Sabah. Ok..Sekarang ini saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika menduduki ujian MEDSI. Saya menduduki ujian MEDSI di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ketika itu, saya juga mempunyai beberapa orang rakan sekelas yang menerima tawaran untuk menduduki ujian MEDSI. First sekali, ujian tersebut bermula pada pukul 12 tengah hari. Saya dan rakan sekelas yang lain berbeza masa ketika menduduki ujian tersebut. Sekitar pukul 10 lebih pagi saya bergerak dari rumah di Kepayan, Kota Kinabalu ke UMS. Perasaan pada ketika itu agak gementar sedikit tetapi sebelum menduduki ujian itu saya ada juga mencari maklumat atau soalan-soalan di internet tentang Medsi. Saya juga ada berhubung dengan senior-senior saya mengenai Medsi ini. Cabaran ketika menduduki MEDSI yang pertama ialah jalan raya sesak. Nah, jadi kamu yang akan menduduki ujian MEDSI nanti harap-harap datang lah awal sikit ye. Dalam 40 minit saya berada di atas jalan raya kerana kesesakan yang berlaku. Selepas itu dalam 10 minit yang terakhir sebelum pukul 12 tengah hari tu saya sampai d UMS di Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Saya masuk ke dalam fakulti tersebut dan duduk di kerusi yang disediakan untuk menunggu giliran. Masa saya duduk tu ada seorang Makcik tanya saya yang giliran pukul 12 sudah masuk di makmal komputer. Saya pun risau lah, tidak tenang dan cepat-cepat masuk di makmal komputer tapi nasib baiklah belum lewat sebab dalam makmal komputer tu masih ramai lagi yang menunggu giliran sebab komputer tidak cukup. Saya pendekan cerita...macam panjang pula cerita saya ni..Ok,Ujian Medsi ni ada 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam sahaja. Tapi jangan risau, cukup juga 1 jam tu untuk kamu menjawab soalan. Soalannya senang saja. Tersapat 4 kategori soalan, yang pertama personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi. pilihan jawapan berbentuk YA/TIDAK SETUJU/TIDAK SETUJU. Soalannya ada yang berulang-ulang jadi jawapan kamu nanti mesti sama sebab pembuat soalan tu sengaja mengelirukan kita. Dorang mahu test IQ kita. Contonya lah soalan medsi dalam minat kerjaya. Kamu seorang yang ingin menjadi pereka grafik? (sama ada designer atau pereka hiasan dalam rumah atau seangkatan denganya). Soalan lain nanti dia akan tanya, Adakah kamu suka menghias langsir, mengecat rumah? Jadi kalau kamu jawab soalan pertama tadi YA soalan kedua juga mesti YA. Sebab soalan ini berkait rapat so, kita mesti jawab guna jawapan yang sama. Nah, inilah cara si pembuat soalan untuk mengelirukan kita. Jadi mesti hati-hati lah ketika menjawab soalan. Tips yang kedua, jika ada soalan dalam skala likert seperti setuju, tidak setuju, sangat setuju dan sangat tidak setuju atau pasti, kurang pasti, sangat pasti dan sangat tidak pasti. Cara menjawab nya kamu perlu tick atau pilih jawapan setuju atau tidak setuju sahaja atau pasti dan sangat pasti. Jangan jawab keseluruhan skala likert itu, maksud saya pertama kamu jawab setuju, selepas itu sangat tidak setuju, selepas tu kurang setuju. Macam tiada konfident pilihan jawapan kamu. So kena jawab antara dua skala likert saja lah supaya tu pemeriksa nanti konfident dengan jawapan kamu. Untuk Tips MEDSI ini sahaja. jangan risau pasal cukup masa ka tidak sebab biasanya tu penjaga ujian medsi akan tunggu kamu sampai siap menjawab soalan. Tips untuk temuduga Pendidikan pula, pertama sekali Pakaian mesti formal, lengkap, ada tali leher, berstokin dan kamu boleh baca di surat tawaran menduduki Ujian MEDSI. Semasa saya Interview memang teramat nervous la sebab first time saya menduduki interview sebab sebelum ni tidak pernah. Tapi just relax saja. Semasa interview nanti ada yang individu dan untuk mempercepatkan masa ada yang berkumpulan dalam 3-5 orang. Kami hari tu ada 3 orang. Prepare kamu punya mind set sedia sebab tu penemuduga akan soal kamu bermacam-macam soalan kadang-kadang mengikut kos pengajian yang kamu apply. Macam saya, tu penemuduga soal saya pasal Kesan perang dunia ke-2 terhadap negara. Kena jawab dalam Bahasa Inggeris la. Apa-apa pun kamu mesti bercakap jangan mendiamkan diri sahaja. soalan ada juga dalam Bahasa Melayu tetapi penemuduga juga akan test Bahasa Inggeris kamu. Selain itu, ada juga penemuduga yang akan suruh kamu belakon mengajar di depan kelas dan kamu prepare lah sedia tajuk untuk kamu mengajar nanti. Ujian mata juga ada masa interview untuk menguji penglihatan kamu tapi jangan risau dia senang saja. Kamu tutup mata sebelah pun boleh nampak juga. Akhir kata, Ujian MEDSI mesti jawab dengan betul sebab dia tidak akan mengira seberapa tinggi pointer kamu. Gagal dalam MEDSI maka kamu tidak akan layak untuk ke sesi Temuduga. Untuk temuduga pula paling penting sekali adalah menjawab atau bercakap apabila penemuduga mengajukan soalan. Jangan jadi tiang elektrik atau pokok. Kena bercakap juga semasa interview nanti. Semoga kamu semua yang menduduki ujian Medsi dan interview lulus dengan cemerlang. Sekian.
No comments:
Post a Comment